About me

Penulis mahu dikenali dengan nama pena “Mekar”. Merupakan seorang isteri. Pernah bekerja selama 8 tahun sebelum mengambil keputusan menjadi suri rumah berjawatan tetap apabila mendirikan rumahtangga (untuk lebih terperinci, sila baca di artikel Aku Seorang Surirumah).

Walaupun kini hanya surirumah, tetapi itu tidak bermaksud mekar duduk goyang kaki sambil tengok tv dan menghabiskan beras kerana ada saje aktiviti yang dapat mekar manfaatkan dalam kehidupan ini. Apakah aktiviti itu ? Selamilah segalanya melalui pembacaan diblog mymekar.com ini.

Mekar bermula dengan wujudnya whitepearl1400.blogspot pada tahun 2010. Bertukar ke mymekar.com pada Januari 2011 demi untuk satu perubahan. Pada mulanya tujuan mekar membina blog adalah untuk mengisi masa lapang. Tetapi rupa-rupanya banyak manfaat lain yang diperolehi selain membina perhubungan sesama pembaca, kita dapat juga berkongsi rasa dan meluahkan pendapat. Di samping  itu, mekar juga dapat  mengasah ilmu penulisan yang belum terbukti hebat dalam diri ini. Malah melalui aktiviti blogwalking secara tidak langsung mekar dapat mengutip banyak perkara-perkara positif untuk melalui kehidupan yang lebih sempurna dan menyeronokkan :lol:  :mrgreen:

Semoga medium ini mendapat sokongan dan perkongsian berguna dari teman-teman semua. Sudi-sudilah singgah sini lagi. Tegurlah mekar sekiranya terdapat kekurangan atau kesalahan maklumat dalam mana-mana penulisan di sini. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah SWT manakala yang kurang itu dari diri penulis sendiri.         جزاك اللهُ خيراً . Wassalam.

 Mekar (year 2011)

Share

19 thoughts on “About me

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge