Lelong Kotak Coklat

Beberapa hari ni daku terlebih rajin mengemas stor di rumah.

Tiba2 terperasan dua plastik beg yg mengandungi berkotak-kotak “chocolate box” yg tersorok rapi di situ. Daku beli kotak ni sekitar 3 tahun lepas bagi memberi cenderahati kpd tetamu vip sempena majlis kenduri kahwin ku dulu.

Chocolate box ni masih baru, tak terguna pun lagi… tapi atas sebab “tak tau nak buat apa dah lepas nih” makanya daku decide nak jual baki kotak coklat yg ada dengan harga lelong.. murah-murah je … :-)

Inilah kotak coklat yg dimaksudkan. Book style box ( 6 cavity).
Ada 2 warna menawan iaitu Gold & Copper.

Continue reading

Share

SMS Gempar diPagi Hari …

Salam uoollss. Lama daku tak bersiaran di sini, tiba-tiba keluar kisah daku menerima sms gempar !.

Rasanya orang lain pun dah terima sms seperti yg daku dapat nih…

Tapi yg geraamm tu, sms kepada daku ni diterima pada pagi-pagi buta. Masa tu orang sedang nyenyak tidur. Terkejut den dibuatnye !. Tak sabar-sabar nak bagitahu suruh UNDI ‘dia’. Padahal hari penamaan calon pun tak diumumkan lagi… adehh…. nasib baik dema yg control semuanya skrg ! kalau pihak lain, dah lama kena kutuk dlm tv / sok kabar.

Lihat la sms ni diterima jam 1.15 pagi. bukan satu sms ni je masuk inbox, malah keesokkan hari pun dapat sms yg sama tp dari nombor berlainan pula.

Yang tak tahan tu…. motto mereka suruh pilih Malaysia. Tapi apa kene mengena dgn suruh undi xx. Seolah2 kalau tak undi xx maka kita tak sokong negara kita Malaysia…. :roll:

pst :  maaf semua. mood nak keluar mengundi dah semakin membara… Undilah dengan Bijak uoolls semua.  iiyeahh  !!! :D

Continue reading

Share

Perkembangan Hasil Tanaman – Pokok Cili Merah (part 2)

Salam sahabat..sihat ker tu…alhamdulillah…

skrg nie bukak blog, tv & sokabar jerk penuh dengan kisah

Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah Dan Waris Sultan Sulu Filipina

 tentang Pejuang2 kiter yg Tumpas,

Polis2 yang Terkorban, Isteri yg di tinggalkan,      sedihh sangat…kann..

Marilah kiter semua berdoa agar pejuang2

kiter selamat di sana…dan semoga isu pengganas

 ini boleh diselesaikan secepat mungkin..

Lega sikit dengar tiada lagi pejuang kiter yg gugur…

Kepada para Isteri , Keluarga yg terlibat

harap bersabar & tabah mengharungi ujian ini yerkk… :cry:

 -

-

-

Aduh..lamanya daku tak update blog. Blogwalking pun dah tak serajin dulu. entah la….InsyaAllah akan daku usahakan ke arah tu nanti.

Entri kali ni takde cerita apa pun. just nak update kisah pokok cili yg daku tanam baru-baru ni telah mengeluarkan hasilnya. Dah lama tak jenguk beliau di kebun (maklumlah tuan rumah asyik merayap tak melekat di rumah)…tup..tup..dah berbuah cilinya. Kisah pokok cili ( part 1) ada daku update di SINI.

inilah antara tanaman herba yg daku tanam termasuk beberapa pasu pokok cili.

Continue reading

Share

Masjid ala Resort di Kuala Perlis

Bulan januari & febuari kali ni agak merudum sekali jumlah entri yg terhasil di blog mymekar.com. Mmm… entah la kenapa slow sangat mood daku nak menulis. Baru2 ni hampir dua minggu lebih daku ikut mr suami outstation ke kedah. Kemudian sambung balik kampong selama 2 minggu krn menjaga adik yg sakit.  Bila asyik merayap2 ni membuatkan daku tak de mood nak buka blog. Itu la sebabnya kot blog dah terbiar..heh alasan!

Kali ni daku nak cerita satu aktiviti daku & mr suami membawa sahabat kami, en shak  sekeluarga bercuti ke pulau Langkawi. Memandangkan mr suami & en. Shak ada urusan kerja di sana, maka kami ambil peluang membawa semua 9 org ahli keluarga en shak yg lain utk turut serta ke Pulau Langkawi. Aktiviti ini berlangsung sekitar bulan Januari lepas. Bagi daku & mr suami, ini merupakan trip yg ke entah berapa puluh kali ke Langkawi…. hehe.. jadi dah takde la teruja mana utk ke sana kecuali keluarga en shak kelihatannya seronok sangat terutama anak2 beliau.

Khamis, 17 Jan 2013  – Point perjalanan ni daku ambil dari Sg Petani, Kedah memandangkan kami berjumpa en shak sekelurga di rumah mereka di sana.  kami (daku & mr suami) bersama 9 org family en shak bertolak menaiki 2 buah kereta ke Kuala Perlis. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.

Tiba di Jeti Kuala Perlis sekitar jam 6 ptg. Nasib baik org tak ramai sangat. Mula2 mr suami ke kaunter tiket utk mengetahui jadual perjalanan feri. Memandangkan kami semua belum solat asar, maka mr suami belikan tiket feri ke Langkawi utk perjalanan terakhir  iaitu pada jam 7 malam. Sementara menanti feri berlepas, kami semua singgah solat asar di sebuah masjid berhampiran Jeti Kuala Perlis.

Inilah masjid yg di maksudkan, bernama Masjid Al-Hussien. Sebelum ni tak pernah perasan kewujudannya. Maybe masjid ni baru siap. Cantik sangat uols masjid ni. Kami sangat teruja melihatnya. Bukan apa.. keunikkannya kerana masjid ni terapung di atas air. Dua kali pandang seolah berada di sebuah resort.

Continue reading

Share

Tips Suami Pandang Isteri Sentiasa Cantik

Aduhh… lamanya daku menyepikan diri. Daripada bersawang dengan lebih lama lagi, apakata daku kongsikan sedikit tips buat penghayatan kita bersama.

Kali nie daku nak kongsikan petua bagaimana cara memikat suami agar isteri sentiasa di pandang cantik olehnya…Bagi para isteri yang inginkan kelihatan sentiasa nampak cantik dan manis , nampak muda seperti masa zaman bercinta dulu , agar suami tidak pandang pada wanita lain yang berada di luar sana dan suami hanya lebih suka pandang kepada isterinya saja…Jom kita ketahui rahsianya..

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share